Bismillahirrohmaannirohiimm..
Assalamualaikum wbt...
Saban masa bila bergantinya tahun tidak kira tahun Hijriah atau Masihi,ramai antara kita termasuk BKN sendiri beria-ia menanam azam utnuk lebih baik dari tahun yang akan berlalu pergi.Ada azam umpama tanam tebu di pinggir bibir,ada azam umpama melepaskan batuk di tangga,ada azam umpama ayam jantan berkokok berdegar-degar tapi tahi tersangkut di gelegar..namun ada juga azam yang dapat dilaksanakan atau dicapai tidak kiralah sepenuhnya atau tidak.Alhmdulilah dan tahniah bagi yang telah mencapainya.Rasanya belum terlewat untuk BKN berkongsi beberapa petua untuk Berubah Menjadi Lebih Baik .
1.Mulakan dengan perubahan pada diri sendiri dahulu supaya kita lebih yakin pada diri sendiri.Insyaallah kalau kita sendiri sudah berubah ke arah yang lebih baik,sudah tentu mudah bagi kita untuk mengajak orang lain untuk berubah sama.
2.Mulakan perubahan positif itu secara perlahan-lahan.Memang sukar untuk kita berubah sekelip mata,mengambil masa untuk kita membuang segala tingkahlaku negatif dalam diri kita.Air pun mengambil masa yang lama untuk mengubah batu.Insyaallah,nawaitu yang baik,walaupun perubahan itu perlahan, Allah swt akan bantu.
3.Bila Allah swt gerakkan naluri kita untuk berubah,lakukan segera,sekarang juga tanpa tangguh-tangguh.Semakin kita bertangguh untuk melakukan perubahan,semakin sarat dan semakin susah untuk kita melakukannya kerana syaitan merasa terancam bila anak Adam ingin berubah ke arah yang lebih.Ingatlah,luka kecil jika dibiarkan akan jadi kudis dan kudis jika dibiarkan tidak dirawat akan bernanah,membusuk,berulat ,hanyir dan sebagainya.Seharusnya tindak ikut daripada gerak rasa hati untuk berubah mesti dilakukan segera,mudah-mudahan akan mendapat hasil yang baik sebagaimana yang diharapkan.
3.Hadirkan rasa keikhlasan dan kesungguhan dalam diri untuk berusaha berubah ke arah yang lebih baik.Tegas dan paksa diri kita untuk berubah dengan sepenuh hati.Jangan manjakan diri.Jangan biarkan nafsu mengawal diri kita.
4.Bila berjaya melakukan perubahan,kita perlu istiqomah supaya ianya dapat diadunsebati seiring denyut nadi kita.
Bermunajatlah kepada Yang Maha Pengasih dan Penyayang agar kita diberi ketetapan hati.Bacalah doa ketetapan hati yang bermaksud :
"Ya Allah,zat yang memalingkan hati,palingkanlah hati kami pada ketaatan kepadaMu"
( rujuk Buku Zikir,Doa dan Wirid di Tanah Suci oleh Ustaz Zahazan Mohamad dan Mohd Azrul Azlen Abd Hamid)
Marilah kita sama-sama berubah ke arah yang lebih baik untuk kemaslahatan hidup di dunia dan di akhirat.
Renungan bersama
Ada orang..
Cakap tak serupa bikin
Ada orang..
Bikin tak serupa cakap
Ada orang..
Tak cakap tak bikin
Ada orang..
Tak cakap tapi bikin
Ada orang..
Bikin tapi tak cakap
Ada orang..
Cakap dan bikin
Ada orang...
Caaaaakaap tapi tak bikin-bikin
ps: kita dalam kategori mana?jom sama-sama muhasabah diri..yang baik datang dari Allah swt , yang buruk datang dari kelemahan BKN sendiri...
Sekian.
No comments:
Post a Comment