Assalamualaikum wbt..
Cetusan hati ini peringatan untuk diri BKN sendiri.Tiada paksaan untuk lain pembaca,tepuk dada tanya iman....
“Katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluan mereka, dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutup kain jilbab ke dada mereka...” (An-Nur: 31)
"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu,anak-anak perempuanmu, dan perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar), cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu.Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani. ( Surah Al-Ahzab:59 )
Kita sering dimomokkan dengan ungkapan ciptaan barat "dont judge the book by its cover" .Itu jarum halus barat. Pada
BKN "ISLAM ITU SATU CARA HIDUP"..yang ditutup itu CANTIK .yang terdedah itu....( fikir sendiri ).
Cuba perhati di sekeliling kita ada banyak benda yang ditutup/dibalut/dibungkus.Contohnya buah-buahn di pokok seperti buah cempedak,buah mangga,buah pisang dan sebagainya ,dibalut,dibungkus untuk apa?Supaya tidak dijangkiti penyakit yang disebabkan oleh haiwan perosak agar hasilnya baik,bagus dan berkualiti tinggi.Kita perhati pula makanan yang dijual di premis jualan makanan,dibalut dengan plastik makanan atau ditutup dengan tudung saji ,untuk apa?Supaya sentiasa bersih,terhindar daripada kotoran,tidak dihurung lalat.Sebagai pembeli,kita akan memilih makanan yang bagaimana?Adakah kita akan membeli makanan yang terdedah kepada lalat,debu dan segala kotoran atau kita membeli makanan yang dibalut,ditutup dan bersih dari segala kotoran?Akal waras sudah tentu akan membeli makanan yang dibalut,ditutup dan bersih.
Lihat pula pada kenderaan seperti kereta atau motor,ditutup,diselubung dengan plastik,kain atau apa saja untuk mengelak daripada tercalar,kotor,terkena hujan.Malahan peti sejuk,meja di rumah kita pun dialas atau ditutup permukaannya supaya tidak berhabuk dan cantik dipandang.Wajibkah buah-buahan,kereta,makanan,meja,peti sejuk ini ditutup?Tapi kenapa ditutup?Sudah tentu untuk peroleh kebaikan.
Begitu juga dengan perintah Allah -
WAJIB menutup aurat dengan sempurna untuk wanita-wanita beriman bertujuan
MENJAGA , MELINDUNGI KEHORMATAN, MARUAH DAN NILAI diri wanita beriman!Bagi muslimah yang belum menutup aurat dengan sempurna atau yang ada hasrat untuk melaksanakan perintah Allah ini,mulakanlah sekarang.Tidak perlu berdolakdalik lagi,rebutlah peluang keemasan penjagaan dan perlindungan dari Allah swt ini!Kalau terasa berat sehelai kain tudung untuk menutup rambut,mulakanlah dengan
sehari selembar benang!Hari ini sehelai benang tutup di rambut,esok tambah lagi sehelai benang
,lama-lama akan menjadi kain! Insyaallah niat yang baik itu akan sentiasa dilorongkan oleh Allah SWT.
Anggaplah ini satu peringatan
Sisihkan agenda barat Ikutlah AlQuran
Tutuplah aurat jaga kehormatan
Insyaallah di akhirat Allah bagi ganjaran
Yang baik datangnya daripada Allah swt,yang buruk itu datangnya daripada kelemahan BKN sendiri.Maaf jika ada yang menyentuh hati dan perasaan. Sekian.