Thursday, 22 December 2011

Jangan Sumbang... Jumaat 27 Muharram 1433

Bismillahirrohmaannirrohimm
Assalamualaikum wbt..
Salam Jumaat.Alhamdulilah  diberi kesempatan oleh Ya Rabb dapat bernafas sekali lagi.Belom bersedia untuk mencoret apa-apa,mungkin minda masih kepenatan mencurah segala bagai maklumat atas kertas peperiksaaan.
Sekadar untuk mengingatkan diri sendiri..terkesan dengan ungkapan ini:


"Bijak mengatur langkah , jangan sumbang bila melangkah dan jangan sumbing bila bercakap"    Sumber dari FB Mohd Izzudin Mohd Shah

Pesanan untuk diri sendiri HATI-HATI..WASPADA BILA BERKATA-KATA...DIAM ITU LEBIH BAIK DARI BERKATA-KATA..JADILAH HAMBA YANG BERSYUKUR..

Sekian. Yang baik datang dariNya jua,yang sebaliknya adalah dari kedhaifan BKN sendiri.

Saturday, 10 December 2011

Sindrom.....Ahad 15 Muharam 1433H

Bismillahirrohmaannirrohim...
Assalamualaikum wbt..

 BKN cuti mencoret untuk sementara waktu ...mengalami sindrom seperti di bawah ( jungkelwalek )...untuk mengubah nasib dan keadaan...Insyaallah.“….Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu sehingga mereka sendiri mengubah nasib mereka….” (Ar-Ra’du:11)
Doakan agar BKN sukses..



Yang baik datang daripada Allah,yang buruk datang dari kelemahan BKN sendiri...
Sekian.


Friday, 9 December 2011

Jadilah Yang Lebih Baik......Sabtu 14 Muharam 1433H

Bismillahirrohmaannirohiimm..
Assalamualaikum wbt...

Saban masa bila bergantinya tahun tidak kira tahun Hijriah atau Masihi,ramai antara kita termasuk BKN sendiri beria-ia menanam azam utnuk lebih baik dari tahun yang akan berlalu pergi.Ada azam umpama tanam tebu di pinggir bibir,ada azam umpama melepaskan batuk di tangga,ada azam umpama ayam jantan berkokok berdegar-degar tapi tahi tersangkut di gelegar..namun ada juga azam yang dapat dilaksanakan atau dicapai tidak kiralah sepenuhnya atau tidak.Alhmdulilah dan tahniah bagi yang telah mencapainya.Rasanya belum terlewat untuk BKN berkongsi beberapa petua untuk Berubah Menjadi Lebih Baik .
1.Mulakan dengan perubahan pada diri sendiri dahulu supaya kita  lebih yakin pada diri sendiri.Insyaallah kalau kita sendiri sudah berubah ke arah yang lebih baik,sudah tentu mudah bagi kita untuk mengajak orang lain untuk berubah sama.
2.Mulakan perubahan positif itu secara perlahan-lahan.Memang sukar untuk kita berubah sekelip mata,mengambil masa untuk kita membuang segala tingkahlaku negatif dalam diri kita.Air pun mengambil masa yang lama untuk mengubah batu.Insyaallah,nawaitu yang baik,walaupun perubahan itu perlahan, Allah swt akan bantu.
3.Bila Allah swt gerakkan naluri kita untuk berubah,lakukan segera,sekarang juga tanpa tangguh-tangguh.Semakin kita bertangguh untuk melakukan perubahan,semakin sarat dan semakin susah untuk kita melakukannya kerana syaitan merasa terancam bila anak Adam ingin berubah ke arah yang lebih.Ingatlah,luka kecil jika dibiarkan akan jadi kudis dan kudis jika dibiarkan tidak dirawat akan bernanah,membusuk,berulat ,hanyir dan sebagainya.Seharusnya tindak ikut daripada gerak rasa hati untuk berubah mesti dilakukan segera,mudah-mudahan akan mendapat hasil yang baik sebagaimana yang diharapkan.
3.Hadirkan rasa keikhlasan dan kesungguhan dalam diri untuk berusaha berubah ke arah yang lebih baik.Tegas dan paksa diri kita untuk berubah dengan sepenuh hati.Jangan manjakan diri.Jangan biarkan nafsu mengawal diri kita.
4.Bila berjaya melakukan perubahan,kita perlu istiqomah supaya ianya dapat diadunsebati seiring denyut nadi kita.
Bermunajatlah kepada Yang Maha Pengasih dan Penyayang agar kita diberi ketetapan hati.Bacalah doa ketetapan hati yang bermaksud :
"Ya Allah,zat yang memalingkan hati,palingkanlah hati kami pada ketaatan kepadaMu"
( rujuk  Buku Zikir,Doa dan Wirid di Tanah Suci oleh Ustaz Zahazan Mohamad dan Mohd Azrul Azlen Abd Hamid)

Marilah kita sama-sama berubah ke arah yang lebih baik untuk kemaslahatan hidup di dunia dan di akhirat.

Renungan bersama

Ada orang..
Cakap tak serupa bikin
Ada orang..
Bikin tak serupa cakap
Ada orang..
Tak cakap tak bikin
Ada orang..
Tak cakap tapi bikin
Ada orang..
Bikin tapi tak cakap
Ada orang..
Cakap dan bikin
Ada orang...
Caaaaakaap tapi tak bikin-bikin
ps: kita dalam kategori mana?jom sama-sama muhasabah diri..yang baik datang dari Allah swt , yang buruk datang dari kelemahan BKN sendiri...
 Sekian.

Thursday, 8 December 2011

Aurat Wanita.....Jumaat 13 Muharam 1433H

Assalamualaikum wbt..
Cetusan hati ini peringatan untuk diri BKN sendiri.Tiada paksaan untuk lain pembaca,tepuk dada tanya iman....
“Katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluan mereka, dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutup kain jilbab ke dada mereka...” (An-Nur: 31)

"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu,anak-anak perempuanmu, dan perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar), cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu.Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.  ( Surah Al-Ahzab:59 ) 

Kita sering dimomokkan dengan ungkapan ciptaan barat "dont judge the book by its cover" .Itu jarum halus barat. Pada BKN "ISLAM ITU SATU CARA HIDUP"..yang ditutup itu CANTIK .yang terdedah itu....( fikir sendiri ).

Cuba perhati di sekeliling kita ada banyak benda yang ditutup/dibalut/dibungkus.Contohnya buah-buahn di pokok seperti buah cempedak,buah mangga,buah pisang dan sebagainya ,dibalut,dibungkus untuk apa?Supaya tidak dijangkiti penyakit yang disebabkan oleh haiwan perosak agar hasilnya baik,bagus dan berkualiti tinggi.Kita perhati pula makanan yang dijual di premis jualan makanan,dibalut dengan plastik makanan atau ditutup dengan tudung saji ,untuk apa?Supaya sentiasa bersih,terhindar daripada kotoran,tidak dihurung lalat.Sebagai pembeli,kita akan memilih makanan yang bagaimana?Adakah kita akan membeli makanan yang terdedah kepada lalat,debu dan segala kotoran atau kita membeli makanan yang dibalut,ditutup dan bersih dari segala kotoran?Akal waras sudah tentu akan membeli makanan yang dibalut,ditutup dan bersih.

Lihat pula pada kenderaan seperti kereta atau motor,ditutup,diselubung dengan plastik,kain atau apa saja untuk mengelak daripada tercalar,kotor,terkena hujan.Malahan peti sejuk,meja di rumah kita pun dialas atau ditutup permukaannya supaya tidak berhabuk dan cantik dipandang.Wajibkah buah-buahan,kereta,makanan,meja,peti sejuk ini ditutup?Tapi kenapa ditutup?Sudah tentu untuk peroleh kebaikan.
Begitu juga dengan perintah Allah - WAJIB menutup aurat dengan sempurna untuk wanita-wanita beriman bertujuan MENJAGA , MELINDUNGI KEHORMATAN, MARUAH DAN NILAI diri wanita beriman!Bagi muslimah yang belum menutup aurat dengan sempurna atau yang ada hasrat untuk melaksanakan perintah Allah ini,mulakanlah sekarang.Tidak perlu berdolakdalik lagi,rebutlah peluang keemasan penjagaan dan perlindungan dari Allah swt ini!Kalau terasa berat sehelai kain tudung untuk menutup rambut,mulakanlah dengan sehari selembar benang!Hari ini sehelai benang tutup di rambut,esok tambah lagi sehelai benang,lama-lama akan menjadi kain! Insyaallah niat yang baik itu akan sentiasa dilorongkan oleh Allah SWT.
Anggaplah ini satu peringatan
Sisihkan agenda barat Ikutlah AlQuran
Tutuplah aurat jaga kehormatan
Insyaallah di akhirat Allah bagi ganjaran
Yang baik datangnya daripada Allah swt,yang buruk itu datangnya daripada kelemahan BKN sendiri.Maaf jika ada yang menyentuh hati dan perasaan. Sekian.

Wednesday, 7 December 2011

Titik Mula....Khamis 12 Muharam 1433H

Bismillahhirrohmaannirrohim
Assalamualaikum wbt..
Hati terpanggil untuk menulis.....namun bak kata M.Nasir "bagaimana kan ku mula..dan apakah kata-kata yg hendak kuabadikan.....".Jauh di sudut hati berharap agar apa yang bakal dicoret sesuatu yang bermanafaat dan mengajak kepada amar ma'ruf nahi mungkar.

Mengapa memilih BukanKeranaNama (BKN)?BKN terkesan dengan bait-bait indah dalam lagu nyanyian Ramli Sarif ini dan judul lagu itu yang terlintas di minda BKN untuk diabadikan di sini.
Renungan dan ingatan untuk diri sendiri
SAHABAT YANG...
Sahabat yang beriman...ibarat mentari yang menyinar
Sahabat yang setia....ibarat pewangi yang mengharumkan
Sahabat yang setia....menjadi pendorong impian
Sahabat yang berhati mulia....membawa kita KE JALAN ALLAH

Kata-kata indah ini BKN ( BukanKeranaNama ) sudah tidak ingat dipetik/diperoleh daripada sumber mana ,sekiranya tuan punya nukilan indah ini terbaca,mohon keizinan untuk dikongsi bersama.Terima kasih kepada tuan punya nukilan indah ini.
Sama-sama muhasabah diri.....Yang baik datang dari Allah swt ,yang buruk datang dari kelemahan BKN sendiri.